Thursday, February 16, 2012

Mencintaimu Kerana Kamu Mencintai Allah SWT


Tidak ada apa yang dapat diungkapkan dgn kata-kata hanya mampu mengucap syukur ke hadrat-Nya kerana diberi peluang untuk mengenalimu... Kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT untuk aku berada di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah banyak mengajar aku tentang mencari CINTA yang sebenar dan diredhai-NYA

Pertama kali terserempaknya dengannya membuat aku ingin mengenali dirinya dengan lebih dekat. Walupun aku sudah mengenalinya sebelum ini tapi hanya mengangap kawan biasa. Setelah diselidik Subhanallah rupanya dia seorang pencinta agama Allah. Dirinya tidak lekang dari mengunjungi rumah Allah dan majlis-majlis Ilmu Allah. Membuatkan hati aku tertarik dengan dirinya kerana dia CINTAKAN Allah , Rasulullah dan Islam.

Perasan ini aku pendam kerana tidak mahu menjadi lagha kerana memikirkan dirinya...namun aku akui perasaan aku pada dirinya tidak pernah padam...seakan-akan percaya jika dia jodoh aku suatu hari nanti pastikan kami akan bersatu juga dengan rahmat Allah..aku simpan perasaan ini seorang diri tanpa pengetahuan dirinya hanya Allah SWT sahaja yang tahu....

Doa yang kupanjatkan kedada-NYA tidak pernah putus agar diberi petunjuk dan hidayah-NYA agar diberikan seorang pendamping hidup yang mampu membimbingku ke jalan yang benar dan mampu membawa CINTA ini hingga ke Syurga Firdaus....Aminnn. Jika benar dia jodohku berkatilah hubungan kami dengan sebuah ikatan yang SUCI.

Jika benar dia bukan jodohku aku terima dengan redha dan percaya Allah SWT akan memberi aku pasangan hidup yang lebih baik lagi...Manusia hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukannya...

No comments:

Post a Comment