Friday, February 17, 2012

Berkongi Kasih


Aku diberi kekuatan untuk meluahkan perasan aku kepasa si dia setelah sekian lama menyimpan perasaan ini . Dengan diberi petunjuk daripada Allah SWT aku menulis sepucuk surat kepadanya untuk mewakili bagi menyatakan hasrat murni diri ini yang mencintai dirinyan dengan seikhlas hari.

Mungkin aku tidak mempunyai seseorang seperti Maisarah untuk menyatakan hasrat hati Siti Khadijah kepada Rasulullah tetapi surat ini sebagai penggantinya. Selepas memberikan surat itu kepada si dia akhirnya aku mendapat respons.Soalan pertama yang ditanya oleh si dia ialah pendapat aku tentang "POLIGAMI"??? Tergamam aku seketika tatkala membaca mesej yang dihantar.

Namun persoalan ini sudah lama aku fikirkan sejak dari dulu lagi. Secara jujurnya aku memang boleh menerima jika takdir Ilahi menentukan bahawa aku perlu berkongsi kasih dengan orang yang aku sayang walaupun pada hakikatnya sangat pahit untuk diharungi. Kenapa aku perlu membantah perkara yang dihalalkan oleh Islam jika suami kita mampu untuk berpoligami? sebagai seorang isteri kita perlu merelakan seikhlas hati takdir yang telah ditentukan.

Sedangkan isteri Rasulullah sendiri Saidatina Ai'shah mampu untuk berkongsi kasih dengan madu-madunya inikan pula kita sebagai wanita biasa. Semoga aku diberi kekuatan iman oleh Allah SWT jika suatu hari nanti ditakdirkan untuk "BERKONGSI KASIH" aminnn

No comments:

Post a Comment