Saturday, February 25, 2012

2012 Single vs Dimiliki ???

Tahun 2012 sudahpun di akhir bulan Februari. Pejam celik2 sudah dua bulan meninggalkan kita di tahun 2012 ini.Namun diriku masih lagi diselubungi tanda tanya tentang Si Dia yang terus menyepi tanpa berita. Apa yang dapat ku lakukan hanyalah terus berdoa mengharapkan petunjuk yang terbaik daripa Allah SWT. Keputusan mungkin akan diketahui pertengahan tahun ini. Macam tunggu result exam keluar pulak.he3..

Tapi kalau Si Dia menerima aku dan mahu "Pinangku dengan Bismilllah" macam mn??? Hurmmmmm ini lah yang memeningkan diri aku. Bagi diri aku memang sudah bersedia untuk melangkah ke fasa yang baru tetapi aku tersebit dengan keluargaku terutama "Bondaku" yang agak tegas pendiriannya. Ditambah lagi keluargaku sedang mengalami masalah sesama keluarga lagi lah membuatkan mood "Bondaku" tidak stabil.

Walaubagaimanapun harapan tetap ada sebab kedua "Bonda & Ayahandaku" akan ke Tanah Suci Mekah tahun ini. Mudah0mudahan Allah SWT akan membuka pintu hati mereka jika aku mendapat jawapan +tive dari Si Dia . InsyaAllah mudah-mudahan. jika jawapannya -tive maka jawapannya aku masih lagi kosong dan sedia menerima sesiapa sahaja yang layak untuk mengisi kekosongan ini...

Wednesday, February 22, 2012

DUIT OH DUIT !!!!


Alhamdulillah setelah menunggu 3 minggu selepas sesi kuliah bermula akhirnya para pelajar UIAM tertumanya sudah mampu untuk tersenyum riang dan menarik nafas lega apabila melihat baki akaun mereka telah bertambah berkali-kali ganda. Nak tahu kenapa???? jawapanya sebab pengeluaran pembiayaan pinjamam PTPTN telah didebitkan dengan kata lain duit PTPTN dah masuk.

Aktiviti aku dengan kawan-kawan apa lagi shopping la....bukan shopping yang bukan-bukan yang wajib sahaja...Tapi apabila duit dah masuk ni banyak la perancangan yang nk kena buat bayar hutang la, bayar duit mahallah, service kereta, dan bnyak lagi... jadi kena pandai-pndai la berjimat dengan duit yang ada...

Friday, February 17, 2012

Berkongi Kasih


Aku diberi kekuatan untuk meluahkan perasan aku kepasa si dia setelah sekian lama menyimpan perasaan ini . Dengan diberi petunjuk daripada Allah SWT aku menulis sepucuk surat kepadanya untuk mewakili bagi menyatakan hasrat murni diri ini yang mencintai dirinyan dengan seikhlas hari.

Mungkin aku tidak mempunyai seseorang seperti Maisarah untuk menyatakan hasrat hati Siti Khadijah kepada Rasulullah tetapi surat ini sebagai penggantinya. Selepas memberikan surat itu kepada si dia akhirnya aku mendapat respons.Soalan pertama yang ditanya oleh si dia ialah pendapat aku tentang "POLIGAMI"??? Tergamam aku seketika tatkala membaca mesej yang dihantar.

Namun persoalan ini sudah lama aku fikirkan sejak dari dulu lagi. Secara jujurnya aku memang boleh menerima jika takdir Ilahi menentukan bahawa aku perlu berkongsi kasih dengan orang yang aku sayang walaupun pada hakikatnya sangat pahit untuk diharungi. Kenapa aku perlu membantah perkara yang dihalalkan oleh Islam jika suami kita mampu untuk berpoligami? sebagai seorang isteri kita perlu merelakan seikhlas hati takdir yang telah ditentukan.

Sedangkan isteri Rasulullah sendiri Saidatina Ai'shah mampu untuk berkongsi kasih dengan madu-madunya inikan pula kita sebagai wanita biasa. Semoga aku diberi kekuatan iman oleh Allah SWT jika suatu hari nanti ditakdirkan untuk "BERKONGSI KASIH" aminnn

Thursday, February 16, 2012

Mencintaimu Kerana Kamu Mencintai Allah SWT


Tidak ada apa yang dapat diungkapkan dgn kata-kata hanya mampu mengucap syukur ke hadrat-Nya kerana diberi peluang untuk mengenalimu... Kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT untuk aku berada di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah banyak mengajar aku tentang mencari CINTA yang sebenar dan diredhai-NYA

Pertama kali terserempaknya dengannya membuat aku ingin mengenali dirinya dengan lebih dekat. Walupun aku sudah mengenalinya sebelum ini tapi hanya mengangap kawan biasa. Setelah diselidik Subhanallah rupanya dia seorang pencinta agama Allah. Dirinya tidak lekang dari mengunjungi rumah Allah dan majlis-majlis Ilmu Allah. Membuatkan hati aku tertarik dengan dirinya kerana dia CINTAKAN Allah , Rasulullah dan Islam.

Perasan ini aku pendam kerana tidak mahu menjadi lagha kerana memikirkan dirinya...namun aku akui perasaan aku pada dirinya tidak pernah padam...seakan-akan percaya jika dia jodoh aku suatu hari nanti pastikan kami akan bersatu juga dengan rahmat Allah..aku simpan perasaan ini seorang diri tanpa pengetahuan dirinya hanya Allah SWT sahaja yang tahu....

Doa yang kupanjatkan kedada-NYA tidak pernah putus agar diberi petunjuk dan hidayah-NYA agar diberikan seorang pendamping hidup yang mampu membimbingku ke jalan yang benar dan mampu membawa CINTA ini hingga ke Syurga Firdaus....Aminnn. Jika benar dia jodohku berkatilah hubungan kami dengan sebuah ikatan yang SUCI.

Jika benar dia bukan jodohku aku terima dengan redha dan percaya Allah SWT akan memberi aku pasangan hidup yang lebih baik lagi...Manusia hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukannya...