
Nampaknya sudah lebih seminggu tidak mengemaskini blog...Tiba-tiba hari ini mandapat ilham untuk mengepos sesuatu di blog. Tengah hari tadi telah berkempatan untuk bertemu dengan anak-anak murid di Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Sebenarnya mereka adalah anak-anak murid aku sewaktu aku menjadi guru ganti si SMK Mulong tahun lepas. Mereka datang ke Kuala Lumpur sempena lawatan sambil belajar di UPM. Sungguh aku tidak sangka mereka masih lagi memangil aku dengan pangillan CIKGU walaupun aku sudah tidak mengajar mereka lagi.
Betullah kata orang menjadi seorang guru amat mulia dan jasa seorang guru tidak akan pernah dilupakan. Walaupun hanya sebulan lebih bersama mereka namun pengalaman manis bersama mereka tidak akan pernah dilupakan sampai bila-bila. Begitu juga pengalaman bekerja dengan rakan-rakan seperjuagan di SMK Mulong yang sangat menyeronokkan . Aku berdoa agar mereka akan berjaya suatu hari kelak ....
No comments:
Post a Comment