Wednesday, March 28, 2012

Ku Serahkan Segalanya Kepada Allah SWT


Kata-kata dari Si Dia

"Teruslah berdoa"

"lagipun ana memenag berusaha tak nak fikir mengenai perempuan buat masa sekarang kerana bimbang belum sampai masanya"

"mungkin pertengahan tahun ini baru ana akan mula memikirnya, dato' pun suruh kawen cepat2 dari dulu lagi"

Apakan ini satu pengharapan yang belum pasti jawapannya??? Saat ini hanya apa yang mampu aku lakukan hanyalah terus berdoa kepada Allah SWT jika dia memang jodohku satukanlah kami berdua dengan sebuah ikatan perkahwinan. Aku tidak mahu menyimpan apa-apa pengharapan terhadapnya dan hanya mampu berserah kepada Yang Esa... Jika memang tersurat dia jodohku aku terimanya dengan hati yang penuh kesyukuran dan keikhlasan.

Subhanallah mengapa sungguh berat perasaan yang terpaksa aku tanggung ini. Kenapa rasa cintaku kepada Si Dia tidak pernah padam. Apakag maknanya semua ini??? Tidak mampu rasanya untuk menaggung perasaan ini lagi. Mungkinkah ini satu ujian daripadaNya terhadap hambanya. Kau bantulah aku untuk menepis segala perasaan ini Ya Allah. Sesungguhnya CINTAKU terhadapMu mengatasi segala-galanya.Itu yang PASTI..

Sunday, March 11, 2012

Cikgu oh Cikgu


Nampaknya sudah lebih seminggu tidak mengemaskini blog...Tiba-tiba hari ini mandapat ilham untuk mengepos sesuatu di blog. Tengah hari tadi telah berkempatan untuk bertemu dengan anak-anak murid di Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Sebenarnya mereka adalah anak-anak murid aku sewaktu aku menjadi guru ganti si SMK Mulong tahun lepas. Mereka datang ke Kuala Lumpur sempena lawatan sambil belajar di UPM. Sungguh aku tidak sangka mereka masih lagi memangil aku dengan pangillan CIKGU walaupun aku sudah tidak mengajar mereka lagi.

Betullah kata orang menjadi seorang guru amat mulia dan jasa seorang guru tidak akan pernah dilupakan. Walaupun hanya sebulan lebih bersama mereka namun pengalaman manis bersama mereka tidak akan pernah dilupakan sampai bila-bila. Begitu juga pengalaman bekerja dengan rakan-rakan seperjuagan di SMK Mulong yang sangat menyeronokkan . Aku berdoa agar mereka akan berjaya suatu hari kelak ....