airamyra.blogspot
Friday, May 30, 2014
Berikanlah Aku Cinta Ya Allah !!!!
Ya Allah, YA Karim, YA Latif , Ya Wadud, Ya Rahman
Entah kenapa malam ni aku rasa sunyi sangat...tiba2 hati aku rasa sangat memerlukan seseorang tika ini.. seseorang lelaki yang menyayangiku sepenuh hatinya. Aku tahu Ya Allah kau akan ketemukan aku dengan rijal yang terbaik buat aku yang mampu membimbingku ke syurgamu.... tp Ya Allah aku rasa kesunyian sangat... Ya Allah berikanlah aku cinta Ya Allah...aku juga berhak bahagia seperti orang lain Ya Allah...aku cemburu sangat melihat kawan2ku yg sudah berkahwin Ya Allah... Aku ingin mempunyai seorang lelaki yang boleh aku jadikan dirinya tempat bermanja YA Allah... Salahkah aku untuk ingin punyai seseorang untuk dicintai dan mencintai???? aku juga ingin merasai menjalankan tanggungjawab sbg seorang isteri....kenapa x pernah dlm hidup aku ada lelaki yang meluahkan perasaan cinta terhadapku??? x layakkah aku untuk dicintai??? Aku tahu Ya Allah dengan kehendakmu bila2 shj aku boleh bertemu jodoh... samaada ianya lambat @ cepat...tp sejak umurku melangkaui 24 tahun diri ini merasakan memerlukan seorang lelaki untuk temani aku dlm sepi...aku x sanggup nk tunggu umurku sdah 30 tp belum berkahwin... aku teringin sangat membina keluarga yg Sakinah, Mawardah dan Warahmah dlm masa terdekat ni... Ku harap sangat bertemu lelaki yang penyanyang, beriman dan bertanggungjawab sebagai Imamku.. Aku Tahu Ya Allah Engkau yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui isi hati aku ini...Kau berikanlah aku petunjukmu Ya Allah...jika benar dia itu terbaik buatku dan memang dia jodohku satukanlh kami berdua Ya Allah... berikanlah petunjukmu Ya Allah... cepatkanlah jodohku Ya Allah.....Aminnnnn
Friday, August 16, 2013
Ya Allah ! Aku benar-benar cinta DIA
aSSalamualaikum,
malam ini aku menangis lagi kerana dia.. aku benar2 rindukan dia. melihat, menerima mesej darinya atau suaranya saja mampu menceriakan aku untuk sepanjang hari.. kekadang aku tertanya kenapa Allah titipkan perasaan ini kepadaku disaat ini. aku akui aku memang mudah jatuh cinta kepada lelaki. tapi sekali aku jatuh cinta aku susah untuk melihat lelaki lain. apakan daya aku terbatas dengan status seorang perempuan yang malu dan fobia untuk meluahkan perasaan kepada dia. bagi aku biarlah aku mencintai orang yang benar-benar mencintai aku. buat masa sekarang selagi belum ada lelaki yang benar-benar mencintai aku dan terbaik buat aku, hati ini masih lagi untuk dia. aku mahu dia tahu aku sudah membuka pintu hatiku untuk dia masuk, jangan biarkan pintu hati ini akhirnya tertutup atau ditutup oleh orang lain dek kerana sikap dia yang berdiam diri. sekurang-kurangnya berilah petanda bahawa perasaan dia juga sama denganku supaya aku tidak ternanti-nanti. diri ini dah penat untuk bertepuk sebelah tangan setelah apa yang telah berlaku sebelum ini. aku harap dia benar-benar ditakdirkan untuk menjadi imamku dan menuntunku hingga ke syurga. setiap saat hati ini tak pernah lupakan dia. diri ini tak pernah jemu untuk mendoakan agar diberi petunjuk oleh Allah kalau benar dia ditakdirkan untuk aku. tapi aku redha jika dia bukan milikku. semoga dia adalah jodohku... Aminnn......
Masih menanti jawapan :( .....
Monday, March 4, 2013
Aku & Dia
Assalamualaikum,
nampaknya hati ini tidak boleh lari dari perassan cinta... kenapa dengan tiba2 dirinya hadir dikala diriku kesepian????
kehadiran dirinya tanpa diduga telah membuatkan hatiku tertawan kepadanya... namun apakan daya diri ini hanya mampu berdoa agar perhubungan ini akan menjadi suatu hubungan yang halal suatu hari nanti InsyaAllah.... aku akui perkenalan aku dan dia bermula awal 2011 namun tiada perasaan yang timbul sehinggalah tahun 2013 membuka tirainya apabila dia mula mendekati diriku dan sangat mengambil berat terhadapku tatkala aku sakit.... pelawaanya untuk bersama-sama pulang ke Kuantan telah mencipta satu kenangan yang manis buatku ...dirinya tidak kekok untuk menceritakan tentang perihal peribadinya & keluarganya terhadapku... adakah dia memang begitu??? senang menceritakan hal peribadi & keluarga kepada teman @ dia menceritakan kepada aku kerana menganggap aku teman istimewanya???? Hanya Allah yang tahu.... aku berharap diriku tidak bertepuk sebelah tangan....
Wednesday, January 2, 2013
365 Hari Mencari Cinta
Pejam celik2 dh sampai ke tahun 2013... tahun ini bertambah lagi 1 tahun umurku menjadiakn diriku lebih dewasa dan matang. Entah kenapa hati ini sangat ingin disanyangi dan menyayangi seseorang. Dengan izinnya semoga tahun ini akan bertemu seorang rijal yang akan menuntunku hingga ke syurga. aminn...
Wednesday, October 31, 2012
Jawapan Yang Tersurat
Kesabaran yang sekian lama dipendam akhirnya terjawab dan Aku percaya ini semua ketentuan yang maha Esa. Mungkin sudah tersurat yang memang bukan jodohku dgn Si Dia yang selama ini aku memendam rasa. Aku redha dan pasrah dan percaya akan memperoleh Rijal yang lebih baik dan mampu menjadi Imam kpd keluargaku kelak InsyaAllah Aminn. Si Dia telah membina ikatan rumahtangga dengan pasangannya pada Syawal yang lepas aku doakan semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan berkekalan dan mendapat Barakah dr Allah swt.
Walaupun jauh di sudut hati kecil ini aku sangat terkilan degan Si Dia yang menyepi tanpa sebarang kata tentang perkahwinannya tp aku tetap mendoakan kebahagiannnya bersama isteri tercinta. Semoga suatu hari nanti hubungan kami akan terus berkekalan sebagai hubungan SAHABAT.
Wednesday, March 28, 2012
Ku Serahkan Segalanya Kepada Allah SWT

Kata-kata dari Si Dia
"Teruslah berdoa"
"lagipun ana memenag berusaha tak nak fikir mengenai perempuan buat masa sekarang kerana bimbang belum sampai masanya"
"mungkin pertengahan tahun ini baru ana akan mula memikirnya, dato' pun suruh kawen cepat2 dari dulu lagi"
Apakan ini satu pengharapan yang belum pasti jawapannya??? Saat ini hanya apa yang mampu aku lakukan hanyalah terus berdoa kepada Allah SWT jika dia memang jodohku satukanlah kami berdua dengan sebuah ikatan perkahwinan. Aku tidak mahu menyimpan apa-apa pengharapan terhadapnya dan hanya mampu berserah kepada Yang Esa... Jika memang tersurat dia jodohku aku terimanya dengan hati yang penuh kesyukuran dan keikhlasan.
Subhanallah mengapa sungguh berat perasaan yang terpaksa aku tanggung ini. Kenapa rasa cintaku kepada Si Dia tidak pernah padam. Apakag maknanya semua ini??? Tidak mampu rasanya untuk menaggung perasaan ini lagi. Mungkinkah ini satu ujian daripadaNya terhadap hambanya. Kau bantulah aku untuk menepis segala perasaan ini Ya Allah. Sesungguhnya CINTAKU terhadapMu mengatasi segala-galanya.Itu yang PASTI..
Sunday, March 11, 2012
Cikgu oh Cikgu

Nampaknya sudah lebih seminggu tidak mengemaskini blog...Tiba-tiba hari ini mandapat ilham untuk mengepos sesuatu di blog. Tengah hari tadi telah berkempatan untuk bertemu dengan anak-anak murid di Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Sebenarnya mereka adalah anak-anak murid aku sewaktu aku menjadi guru ganti si SMK Mulong tahun lepas. Mereka datang ke Kuala Lumpur sempena lawatan sambil belajar di UPM. Sungguh aku tidak sangka mereka masih lagi memangil aku dengan pangillan CIKGU walaupun aku sudah tidak mengajar mereka lagi.
Betullah kata orang menjadi seorang guru amat mulia dan jasa seorang guru tidak akan pernah dilupakan. Walaupun hanya sebulan lebih bersama mereka namun pengalaman manis bersama mereka tidak akan pernah dilupakan sampai bila-bila. Begitu juga pengalaman bekerja dengan rakan-rakan seperjuagan di SMK Mulong yang sangat menyeronokkan . Aku berdoa agar mereka akan berjaya suatu hari kelak ....
Subscribe to:
Posts (Atom)