Friday, August 16, 2013

Ya Allah ! Aku benar-benar cinta DIA

aSSalamualaikum, malam ini aku menangis lagi kerana dia.. aku benar2 rindukan dia. melihat, menerima mesej darinya atau suaranya saja mampu menceriakan aku untuk sepanjang hari.. kekadang aku tertanya kenapa Allah titipkan perasaan ini kepadaku disaat ini. aku akui aku memang mudah jatuh cinta kepada lelaki. tapi sekali aku jatuh cinta aku susah untuk melihat lelaki lain. apakan daya aku terbatas dengan status seorang perempuan yang malu dan fobia untuk meluahkan perasaan kepada dia. bagi aku biarlah aku mencintai orang yang benar-benar mencintai aku. buat masa sekarang selagi belum ada lelaki yang benar-benar mencintai aku dan terbaik buat aku, hati ini masih lagi untuk dia. aku mahu dia tahu aku sudah membuka pintu hatiku untuk dia masuk, jangan biarkan pintu hati ini akhirnya tertutup atau ditutup oleh orang lain dek kerana sikap dia yang berdiam diri. sekurang-kurangnya berilah petanda bahawa perasaan dia juga sama denganku supaya aku tidak ternanti-nanti. diri ini dah penat untuk bertepuk sebelah tangan setelah apa yang telah berlaku sebelum ini. aku harap dia benar-benar ditakdirkan untuk menjadi imamku dan menuntunku hingga ke syurga. setiap saat hati ini tak pernah lupakan dia. diri ini tak pernah jemu untuk mendoakan agar diberi petunjuk oleh Allah kalau benar dia ditakdirkan untuk aku. tapi aku redha jika dia bukan milikku. semoga dia adalah jodohku... Aminnn...... Masih menanti jawapan :( .....