Friday, August 16, 2013
Ya Allah ! Aku benar-benar cinta DIA
aSSalamualaikum,
malam ini aku menangis lagi kerana dia.. aku benar2 rindukan dia. melihat, menerima mesej darinya atau suaranya saja mampu menceriakan aku untuk sepanjang hari.. kekadang aku tertanya kenapa Allah titipkan perasaan ini kepadaku disaat ini. aku akui aku memang mudah jatuh cinta kepada lelaki. tapi sekali aku jatuh cinta aku susah untuk melihat lelaki lain. apakan daya aku terbatas dengan status seorang perempuan yang malu dan fobia untuk meluahkan perasaan kepada dia. bagi aku biarlah aku mencintai orang yang benar-benar mencintai aku. buat masa sekarang selagi belum ada lelaki yang benar-benar mencintai aku dan terbaik buat aku, hati ini masih lagi untuk dia. aku mahu dia tahu aku sudah membuka pintu hatiku untuk dia masuk, jangan biarkan pintu hati ini akhirnya tertutup atau ditutup oleh orang lain dek kerana sikap dia yang berdiam diri. sekurang-kurangnya berilah petanda bahawa perasaan dia juga sama denganku supaya aku tidak ternanti-nanti. diri ini dah penat untuk bertepuk sebelah tangan setelah apa yang telah berlaku sebelum ini. aku harap dia benar-benar ditakdirkan untuk menjadi imamku dan menuntunku hingga ke syurga. setiap saat hati ini tak pernah lupakan dia. diri ini tak pernah jemu untuk mendoakan agar diberi petunjuk oleh Allah kalau benar dia ditakdirkan untuk aku. tapi aku redha jika dia bukan milikku. semoga dia adalah jodohku... Aminnn......
Masih menanti jawapan :( .....
Monday, March 4, 2013
Aku & Dia
Assalamualaikum,
nampaknya hati ini tidak boleh lari dari perassan cinta... kenapa dengan tiba2 dirinya hadir dikala diriku kesepian????
kehadiran dirinya tanpa diduga telah membuatkan hatiku tertawan kepadanya... namun apakan daya diri ini hanya mampu berdoa agar perhubungan ini akan menjadi suatu hubungan yang halal suatu hari nanti InsyaAllah.... aku akui perkenalan aku dan dia bermula awal 2011 namun tiada perasaan yang timbul sehinggalah tahun 2013 membuka tirainya apabila dia mula mendekati diriku dan sangat mengambil berat terhadapku tatkala aku sakit.... pelawaanya untuk bersama-sama pulang ke Kuantan telah mencipta satu kenangan yang manis buatku ...dirinya tidak kekok untuk menceritakan tentang perihal peribadinya & keluarganya terhadapku... adakah dia memang begitu??? senang menceritakan hal peribadi & keluarga kepada teman @ dia menceritakan kepada aku kerana menganggap aku teman istimewanya???? Hanya Allah yang tahu.... aku berharap diriku tidak bertepuk sebelah tangan....
Wednesday, January 2, 2013
365 Hari Mencari Cinta
Pejam celik2 dh sampai ke tahun 2013... tahun ini bertambah lagi 1 tahun umurku menjadiakn diriku lebih dewasa dan matang. Entah kenapa hati ini sangat ingin disanyangi dan menyayangi seseorang. Dengan izinnya semoga tahun ini akan bertemu seorang rijal yang akan menuntunku hingga ke syurga. aminn...
Subscribe to:
Posts (Atom)